Sistem Suria luaran Sistem_Suria

Rantau luaran dari Sistem Suria merupakan rumah kepada gergasi gas dan bulan besar mereka. banyak komet tempoh-pendek, termasuklah sentora, juga mengorbit dalam rantau ini. Berpunca dari jarak lebih jauh mereka dari Matahari, objek pepejal dalam Sistem Suria luaran mengandungi nisbah lebih tinggi dari pemeruap seperti air, amonia dan metana, berbanding kependudukan batuan dari Sistem Suria dalaman, sepertimana suhu yang lebih sejuk membenarkan sebatian ini untuk kekal pejal.

Planet luaran

Rencana–rencana utama: Planet luaran dan Gergasi gas
Dari atas ke bawah: Neptun, Uranus, Zuhal, dan Musytari (tidak berskala)

Empat planet luaran, atau gergasi gas (kadangkala dipanggil planet Jovian), secara kolektifnya membuatkan 99 peratus dari jisim yang diketahui mengorbit Matahari.[c] Musytari dan Zuhal setiapnya lebih sepuluh kali dari jisim Bumi dan terdiri dari teramat banyaknnya hidrogen dan helium; Uranus dan Neptun adalah kurang besar (<20 jisim Bumi) dan mempunyai lebih ais dalam komposisi mereka. Atas sebab inilah, sesetengah ahli astronomi mendapati mereka tergolong dalam kategori mereka tersendiri, iaitu "ais gergasi".[65] Semua empat gergasi gas mempunyai cincin, meskipun hanya sistem cincin Zuhal agak mudah diperhatikan dari Bumi. Istilah planet luaran tidak boleh dikelirukan dengan planet taraf tinggi, yang menandakan planet di luar orbit Bumi dan demikian termasuklah kedua-dua planet luaran dan Marikh.

Musytari

Musytari (5.2 AU), pada 318 jisim Bumi, merupakan 2.5 kali jisim dari semua planet lain yang diletakkan bersama. Ianya terdiri kebanyakannya dari hidrogen dan helium. Haba dalaman Musytari yang kuat membuatkan sebilangan dari ciri separa-kekal dalam atmosferanya, seperti jalur awan dan Tompok Merah Besar.Musytari mempunyai 66 satelit yang diketahui. Empat yang terbesar, Ganymede, Callisto, Io dan Europa, menunjukkan kesamaan kepada planet terestrial, seperti volkanisme dan penghabaan dalaman.[66] Ganymede, satelit terbesar dalam Sistem Suria, adalah lebih besar dari Utarid.

Zuhal

Zuhal (9.5 AU), yang dibezakan oleh keluasan sistem lingkarannya, mempunyai beberapa kesamaan kepada Musytari, seperti komposisi atmosferik dan magnetosferanya. Walaupun Zuhal mempunyai 60% dari isi padu Musytari, ianya kurang dari pertiga sebesarnya, pada 95 jisim Bumi, membuatkannya planet yang kurang padat dalam Sistem Suria. Lingkaran Zuhal terdiri dari ais kecil dan taburan batuan.Zuhal mempunyai 62 satelit yang disahkan; duanya iaitu , Titan dan Enceladus, menunjukkan tanda-tanda aktiviti geologikal, walaupun mereka secara besarnya dibuat dari ais.[67] Titan, bulan kedua-terbesar dalam Sistem Suria, adalah lebih besar dari Utarid dan satu-satunya satelit dala Sistem Suria dengan atmosfera yang cukup besar.

Uranus

Uranus (19.6 AU), iaitu 14 jisim Bumi, merupakan yang paling ringan dari planet luaran. Uniknya di kalangan planet tersebut, ianya mengorbit Matahari pada bahagiannya; kecondongan paksinya ialah lebih dari sembilanpuluh darjah kepada ekliptik. Ianya mempunyai teras yang lebih sejuk berbanding gergasi gas lain, dan menyinarkan haba yang amat sedikit ke luar angkasa.[68]Uranus mempunyai 27 satelit yang diketahui, salah satu yang terbesar ialah Titania, Oberon, Umbriel, Ariel dan Miranda.

Neptun

Neptun (30 AU), meskipun lebih kecil sedikit dari Uranus, ianya lebih besar (bersamaan 17 Bumi) dan oleh itu lebih padat. Ianya menyinarkan lebih haba dalaman, tetapi tidak sebanyak Musytari atau Zuhal.[69]Neptun mempunyai 13 satelit yang diketahui. Yang terbesar, Triton, secara geologinya aktif, dengan geiser dari cecair nitrogen.[70] Triton merupakan satu-satunya satelit dengan orbit susut. Neptun ditemani dalam orbitnya oleh sebilangan dari planet minor, diistilahkan sebagai trojan Neptun, iaitu 1:1 gema dengannya.

Komet

Rencana utama: Komet
Komet Hale–Bopp

Komet adalah badan kecil Sistem Suria,[e] secara tipikalnya hanya sedikit kilometer melintang, terdiri secara besarnya ais beruap. mereka mempunyai orbit yang sangan esentrik, umumnya satu perihelion di dalam orbit dari planet dalaman dan aphelion jauh melangkaui Pluto. Apabila satu komet memasuki Sistem Suria dalaman, kedekatannya kepada Matahari menyebabkan permukaan beraisnya untuk memejalwapkan dan diionkan, menciptakan koma: satu ekor panjang dari gas dan debu yang selalu boleh dilihat dengan mata kasar.

Komet jangka-pendek mempunyai pengorbitan yang bertahan kurang dari dua ratus tahun. Komet jangka-panjang mempunyai pengorbitan yang bertahan beribu-ribu tahun. Komet jangka-pendek dipercayai berasal dari lingkaran Kuiper, manakala komet jangka-panjang, seperti Hale–Bopp, dipercayai berasal dari awan Oort. Kebanyakan kumpulan komet, seperti Kreutz Sungrazers, dibentuk dari pemecahan dari ibubapa tunggal.[71] Sesetengah komet dengan orbit hiperbolik mungkin berasal di luar Sistem Suria, tetapi untuk menentukan orbit tepat adalah sukar.[72] Komet lama yang telah mempunyai kebanyakan dari pemeruapnya yang dikeluarkan oleh pemanasan suria selalu dikateogrikan sebagai asteroid.[73]

Sentora

Rencana utama: Sentora (planet minor)

Sentora merupakan badan berais seakan-komet dengan paksi separa-major yang lebih besar dari Musytari (5.5 AU) dan kurang dari Neptun (30 AU). Sentora terbesar yang diketahui, 10199 Chariklo, mempunyai diameter sekitar 250 km.[74] Sentora pertama yang ditemui, 2060 Chiron, juga telah dikelaskan sebagai komet (95P) sejak ianya membentukkan koma sepertimana yang komet lakukan apabila mereka mendekati Matahari.[75]

Rujukan

WikiPedia: Sistem_Suria http://www.vub.ac.be/STER/www.astro/chibio.htm http://www.ras.ucalgary.ca/CGPS/press/aas00/pr/pr_... http://www.astro.utoronto.ca/~mhvk/AST221/L20/L20_... http://www.fourmilab.ch/cgi-bin/uncgi/Solar/ http://www.classzone.com/books/earth_science/terc/... http://books.google.com/?id=2JuGDL144BEC&pg=PA66&d... http://hypertextbook.com/facts/2002/StacyLeong.sht... http://www.m-w.com/dictionary/solar%20system http://www.nature.com/nature/journal/v426/n6965/ab... http://space.newscientist.com/article/mg19325850.9...